assaamualaikum,
baru-baru ni salah seorang ahli tertinggi merahdband mendapat khabar berita yang menyedihkan.Nurul!!!!!!!!! aku tau kau kuat...aku turut bersedih atas kehilangan ayahandamu yang tercinta....walau aku tidak mengenal ayohmu sedekat-dekatnyer namun aku mengenalinya dari ceritamu yang tidak henti-henti terhadap ayahmu...aku mengenali ayahmu dari cerita tentang pengorbanannya...kasih sayangnya...perhatiannya terhdp kalian adik beradik..memang dia ayoh yang superb...aku sendiri terkejut mendapat khabaran dari mukabuku...namun ayat pertama yang keluar dari mulutku...memang layak beliau Allah pilih untuk berada dekat denganNya di sana...........pada ILYAS acik doakan jadi anak yang soleh....
tinggal hanyalah kenangan
Dah lama benar aku tak masuk sini..sampai nak log in pun
password aku dah lupa…jenuh gak aku meneka…wahai sahabat2ku…apa kabar anda
semua? Nurul….sihat…dengar2 ko dah peknen ek? Jage diri baik2…risau aku ko nih
subur sangat….hehehe. EIja!!!! Lagi lar lama eden tak dengau kabaunyer….anto
mesej tak berbalas…nak ngajuk lar….Adda!!!!! nak tawen dar…hehehe tak sabo nak
tgk adda atas pelamin……korang sume ok ker? Aku nih tengah jiwa
kacau….macam-macam krisis kat sekolah ni….korang pun aku tengok statement kat
fb leh tahan…korang tau tak pagi tadi aku nangis sambil ngarut..ko tau tak
aper? Aku cakap kalu leh undur mase aku nak pusing masa aku kembali time kite
duduk 8j dulu…..walau penat study..heheh penat lar sangat..tapi aku hepi..even
takder duit pun…makan sekali jer sehari…hari2 lak tue ikan keli….pastu tengok
dvd kat pc eija or adda….even that time life sangat terhad tapi aku sangat
epi….aku tak perlu berhadapan dengan birokrasi, tak perlu brhadapan dengan
orang yang suke membodek…tak perlu pk macam nak jage ati orang…kite adalah kite
time tue..gelak macam orang gile..buat keje gile….baling mercun kat blog budak
laki..bajet dorang terkejut…kene maki ada lar….hehehe….in reality sume orang dah ader life
masing2..sibok ngan anak, ngan laki, ngan nak basuh baju, ngan keje, nak
prepare wedding dan macam2 lagi…tapi kadangkala bagi aku moment2 indah di ukm
yang membuat aku tersenyum tatkala aku lemas dengan bebanan kerja. Semalam pas
aku mengamuk ngan sorang kawan keje aku, aku g dok bilik ert sorang2 tengok balik
entry blog kite yang dedulu..tergelak aku…..macam2 ada…mungkin bagi orang lain
ape lar sangat benda nih sume..tapi untuk orang yang jiwa jiwang rock kapak
kampong mak limah ni…semua moment ini ada nilainya…lagi2 skang setiap khamis
dan jumaat aku g ukm…tiap kali itu drama lama itu kerap berulang. Lagi2 time
tengah sibok nak anto asg ngan nak exam….tengok tin pearl kacip Fatimah
teringat si nurul yang gile minum air tu time exam…tu yang asik kacip jer
sekarang…hahaha adda bile aku tengo gitar kat kelas khas aku nih aku akan
teringat ko dok main kat bilik ko yang redup umpama nak turun ujan tu….heheh
ngarut sungguh aku nih…eija lak aku tak leh lupe kalu time exam konon stay ngan
aku….tapi mata dok kedip2 ngantuk..kene Nescafe secawan magi sebungkus huuhuhuhu
masyukkkkk…betul lar kata orang setiap detik yang kita lalui sekarang perlu
kite hargai dan kecapinya mungkin di masa akan datang ianya akan hanya tinggal
kenangan…….
Aku rasa sudah terlalu lama aku tak menulis dalam blog nih..ye lar skang sumer orang asik dengan facebook dan tak ketinggalan aku gak giker fb skang...tinggal beberapa hari lagi aku nak habis pantang..tak sabar nak melaungkan perkataan yahoo dan menjerit perkataan merdeka..yo lar sangap giler duduk umah...memang aku sayang aku sayang kat anak aku tapi sometimes i need my own life...ye sayang ek....wei kawan2 sekalian...jom gathering...yo lar sebelum cik nurul tu meletup..huhu aku dah tak sabo dah nih..tapi nanti time kuar kalu aku mintak excuse untuk mengepam harap korang memahaminya ek...windu korang............
Aku takkan berhenti menulis
Kehadapan teman-temanku... Ada juga yang terperasan kepada kandungan yang lebih berunsur merepek di laman blog aku yang satu itu. Tidaklah terangan aku mahu memberikan tamparan kepada teman-teman. Tidak sekali bersangka bahawa teman-teman sudah lupa pada janji kita. Betapa zalimnya aku sebagai seorang kawan kalau mahu terusan menyalahkan teman-teman.
Aku akui kehidupan berkeluarga tidak lagi gampang seperti mana kita pernah tidur seharian suntuk satu masa dulu, waktu tiada siapa mahu menghalang tatkala kita keluar menyuluh malam dan melepak di kedai-kedai kopi sehingga menjelang subuh. Tiada siapa mahu kisah bila kita gagah melangkah kesemua shopping-shopping complex yang ada dalam lingkungan peta malaysia ini. Aku tahu kehidupan sebagai seorang ibu / isteri jauh lebih sukar daripada yang aku sangkakan dan aku jengkelkan. Mungkin kadang-kadang persepsi aku silap... dan aku lebih tegar melihat kesan yang mendatangkan sakit daripada cuba mahu berkongsi kegembiraan yang kalian rasakan.
Mungkin aku belum dapat rasakan semua itu. Tapi... kadang-kadang aku berfikir... cuma aku sahaja kah yang selalu menyembunyikan "sakit" sebelum ini... dan kerana itu, aku kurang mendapat perhatian dan simpati? Mungkin kot!
Aku sentiasa ingatkan kalian... walaupun jarang sekali nombor-nombor kalian aku dial untuk bertanya khabar. SMS juga kadang-kadang jarang dihantar... tapi itu tidak bermakna... aku lupa bila dan bagaimana mahu mencari kalian.
Eija... kalau mahu buat house warming... tak perlukan makanan pun takper... nama pun house warming, kita buat unggun api dalam rumah lah... kasi warm itu rumah baru! Baru style! hehehehe... Alah.... Eija sekarang pun, kalau tak kerana mahu ke rumah mak cik di Nilai Spring... dia mana nak singgah rumah aku dah! (Saja nak kasi ayat provoke)... Alah kalian juga kan dah berteman... bolehlah mahu diajak pasangan kalian itu berjalan ke sana-sini... paling tak pun, boleh jek nak diminta hantar...sesekali berjalan merentas lebuhraya utara-selatan tu, singgah2 saja lah di daerah Nilai itu... aku single, tiada siapa yang sesuai untuk dipaksa teman aku ke hulu-hilir (saja kasi ayat provoke lagi sekali!)... Nanti kalau aku sudah pindah tinggal di Penang... ha baru betul-betul JAUH dari KL mahu ke rumah aku tu! (saja kasi ayat provoke seterusnya!)
Teman-teman, sesungguhnya aku bergurau saja dengan ayat-ayat itu... cara baru aku sekarang. Gurau secara "kasar" dan terang... untuk mengiyakan jati diri yang baru... "kita hidup kena telus"!... Salam rindu dari teman mu yang psycho! (eh masih hari raya kan? Selamat hari raya yek, maaf zahir batin!)
Shout Out Permalink